Wednesday, 3 August 2011

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum.

Ramadhan kembali lagi dengan penuh keberkatan dan kemuliaan. Rahmat dari Allah telah dijanjikan untuk hamba-hambanya yang berpuasa dan beribadah dengan penuh keimanan serta ketaqwaan. Pintu-pintu syurga telah dibuka seluasnya dan pintu-pintu neraka ditutup serapatnya.  Syaitan-syaitan telah dirantai dari menggoda manusia. Pintu syurga ArRayyan memanggil-manggil mereka yang berpuasa. Terlalu banyak rahmat diturunkan Allah pada bulan Ramadhan ini sehingga jika manusia mengetahui dan dapat mengenali tanda-tanda rahmatnya, mereka akan memohon supaya Allah menjadikan Ramadhan sepanjang tahun.

Marilah kita bersama-sama mengangkat tangan memohon keampunan dari Allah kerana Nabi telah bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”


No comments:

Post a Comment